Monday, May 08, 2006

Kolej Komuniti KokLanas/Ketereh Sediakan Kursus Pendek Untuk Semua Lapisan Masyarakat

Adakah anda tahu bahawa Kolej Komuniti di Kok Lanas/Ketereh menyediakan berbagai kursus kemahiran dan kursus jangka pendek? Tahukah anda bahawa kita boleh memohon agar pihak Kolej Komuniti menganjurkan apa saja kursus yang kita mahu asalkan jumlah peserta hendaklah sekurang-kurangnya 15-20 orang. Jadi kita boleh berkerjasama antara sesama kita yang berminat dalam sesuatu kursus untuk mengumpulkan sejumlah 15-20 orang peserta.

Untuk permulaan, saya ingin mendapatkan peserta-peserta yang mencukupi untuk belajar MEMBINA LAMAN WEB yang akan di anjurkan oleh Kolej Komuniti ditempat dan masa yang sesuai. Yurannya murah: lebih kurang RM20.00 untuk kursus berjumlah 20 jam.

Sesiapa yang berminat sila hantar email kepada saya (Abdullah) dialamat abdulct@gmail.com, nyatakan nama penuh, nombor telepon, dan kursus yang anda ingin di ikuti (tidak semestinya kursus bina Laman Web).

Untuk maklumat lanjut, anda juga boleh hubungi pegawai Kolej Komuniti En. Mohamad Tanafiah Tel 09-7880400 atau 013-9311191.

Sekian, selamat maju jaya.

Abdullah C.T.

1 comment:

Anonymous said...

sy berminat cm xtau nak wat camner & aper?
inagt nk ikut automotif tp appe2 pun blh lah asal ada minat & ilmu kan?